Khamis, 10 April 2014

Tips Untuk Polish Kereta Cara Jimat

Rahsianya ialah menggunakan pelembut pakaian sebagai bahan aktif membasuh dan membuatkan kereta kilat bersinar-sinar. Jangan gunakan peluntur pulak ehh ....

Cara-caranya ialah:
Bilas kereta anda dengan air bersih.
Cuci dengan bersih segala kotoran, pastikan span atau kain yang digunakan bersih dan sentiasa diperah tiap kali membersihkan bahagian yang cela dengan kekotoran.

Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda.
Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.
Jangan tunggu kering baru lap.... tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa.

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.

Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesin basuh anda.

Selamat mencuba.
Sumber: Komuniti VF


Baca Selengkapnya - Tips Untuk Polish Kereta Cara Jimat http://www.hasrulhassan.com/2011/06/tips-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan